>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>
loading...

'Tiada Bonus Tiga Bulan Gaji' - MB Kedah Nafi Pemberian Bonus 3 Bulan Gaji

Penjawat awam negeri Kedah mungkin hampa apabila mendengar berita ini. Sejak semalam, ura-ura kerajaan negeri Kedah memberi bonus tiga bulan gaji sempena Hari Raya Aidilfitri menjadi bualan hangat terutama mereka yang bekerja sebagai penjawat awam negeri Kedah.


Namun, hari ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah menafikan pemberian bonus tersebut. Beliau menyifatkan penyebaran kenyataan palsu itu sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya untuk memburukkan imej kerajaan negeri.

Menurut Ahmad Bashah lagi, ianya tidak logik dan tidak rasional memandangkan negeri lain seperti Selangor hanya memberi bonus dua bulan setengah. Ianya juga tidak pernah berlaku dalam sejarah pentadbiran negeri Kedah.

Tambah MB Kedah itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi bonus RM500 kepada penjawat awam negeri itu dan akan diumumkan secara rasmi selepas mesyuarat exco pada 14 Jun nanti.

Sepatutnya penjawat awam harus bersyukur kerana rezeki dapat juga bonus RM500 sebagai persiapan hari raya jika dibandingkan dengan pekerja-pekerja sektor swasta yang lain.

0 Response to "'Tiada Bonus Tiga Bulan Gaji' - MB Kedah Nafi Pemberian Bonus 3 Bulan Gaji"

Post a Comment