>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>
loading...

Video Pemandu Uber Dipukul Kerana Perempuan Vietnam

TRAGEDI yang menimpa pemandu Uber semalam benar-benar mengundang kegusaran di kalangan pemandu Uber yang lain memandangkan perkara tersebut juga berkemungkinan menimpa mereka sekiranya perempuan Vietnam tersebut melanggan kereta mereka.


Menurut adik ipar kepada pemandu Uber yang menjadi mangsa pukul sekumpulan lelaki Cina yang telah diatur oleh perempuan Vietnam tersebut, mereka gagal menunjukan video yang kononnya menjadi bukti perempuan itu dicabul walaupun sebelum itu mereka dengan bongkak mendakwa ada bukti dalam bentuk video.

Rupa-rupanya dakwaan ada bukti video pada awalnya dilihat hanya untuk “menghalalkan” tindakan mereka membelasah pemandu Uber tersebut.

Adakah perempuan Vietnam tersebut bersama dengan sekumpulan lelaki Cina terlibat dalam modus operandi pihak anti Uber bagi menakut-nakutkan pemandu Uber yang lain?

Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terperinci berkenaan perkara ini bagi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya.

Dari Facebook adik ipar pemandu Uber yang dipukul :

7/6/2016, jam lebih kurang 3 petang tadi, Lokasi Paya Terubong, Pulau Pinang.

Lelaki ini ialah abg ipar aku sendiri, nama dia Sukri Ramli ,kerja dia ialah part time sebagai pemandu Uber, semalam 6/6/2017, dia dapat customer warga Vietnam yg sruh pickup dia dekat Paya Terubong, Pulau Pinang, lepas settle semua kerja seperti biasa. dia pun macam biasa pergi ke tempat kerja di balik and sambung kerja

Then keesokkannya or hari ini 7/7/2017, semasa melakukan kerja sebagai pemandu Uber, Beliau menerima satu panggilan dari perempuan Vietnam tersebut untuk mengambilnya di tempat yg sama iaitu Paya Terubong, mmg standard la kan customer, mmg kerja dia sebagai pemandu Uber pun, so Sukri ni pun pergi lakukan kerja macam biasa. Setelah sampai, perempuan Vietnam tu pun naik lah.

Tiba-tiba, kereta yg dipandu beliau ditahan oleh sekumpulan lelaki bangsa Cina, seramai lebih kurang 20 orang dan 2 orang yg bersenjatakan Kayu Besbol, Sukri ni pun terbingung apa kesalahan dia ? so dia turun utk tanya, tak sempat nak tanya terus dihentam beramai-ramai dan 2 orang dri Cina tersebut memukulnya dgn kayu besbol serta ORANG AWAM sekali join pukul, mmg teruk dia kena, Lastly dia bertahan lah kan, dan tanya apa kesalahan dia ?

Cina tersebut memberitahu Sukri ni telah melakukan GANGGUAN SEKSUAL kepada perempuan Vietnam tersebut, so Sukri ni kata la bila masa yg aku buat ? Perempuan Vietnam tu kata ada bukti video, lepas dah teruk kena hentam, dan ditanya mana video dan bukti, Lastly, perempuan Vietnam tu kata tak ada video, Abes yg Sukri ni kena pukul naya lah kan ?

Lepas tu selamatlah seorang Melayu yg baik hati, beliau adalah Anggota Polis, datang membantunya. yg mana dok viral taktau cerita sebenar, mai jumpa saya dulu.

Kena pukul ramai-ramai dengan senjata satu hal, kereta lagi dipecahkan oleh sekumpulan Cina nie, sapa nak bayar ? and aku rasa sangat marah and kesal dkt perempuan Vietnam yg menfitnah dia smpai jadi kes macam nih, Aku tak maafkan dan Semoga kes ni dapat Keadilan Mahkamah Dunia dan Allah S.W.T. Saya abaikan semua mulut-mulut orang yg berkata buruk kpd beliau. Insyaallah kebensran di pihak yg benar.

Saya mintak semua warga Facebook untuk Viralkan kes ni untuk bersihkan nama beliau yg telah tercalar, and tiada bukti pun yg mengatakan dia melakukan Gangguan Seksual. , kalau kena dekat keluarga sendiri apa perasaan anda ?




Menurut sumber yang lain pula, cerita agak bercanggah sedikit,

Sebaik saja seorang penumpang wanita memasuki teksinya, pemandu terus membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluannya. Dengan pantas pemandu menarik tangan wanita itu supaya memegang kemaluannya.

Mangsa yang terkejut dengan kelakuan pemandu, terus menjerit meminta tolong, lantas keluar dari kenderaan, dikatakan sebuah teksi Uber.

Detik-detik cemas ini diceritakan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar.

Katanya, polis menahan seorang pemandu Uber selepas disyaki mencabul wanita berkenaan, seorang warga Vietnam yang menaiki kenderaannya dalam kejadian di Paya Terubong di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada kira-kira 3.50 petang ketika wanita berusia lingkungan 20-an itu menaiki teksi itu untuk perjalanan dari Lintang Paya Terubong ke Jalan Agril di sini.

Katanya wanita itu berjaya keluar dari teksi suspek sebelum kenderaan itu bergerak.

Wanita itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada suaminya yang berada di kawasan sekitar.

Sang suami bersama 10 lelaki berjaya mengesan teksi berkenaan yang masih menunggu pelanggan.

Kumpulan itu bertindak memukul pemandu Uber berkenaan di Lintang Paya Terubong 1 serta merosakkan kenderaannya.

Anuar berkata pemandu Uber itu cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan mereka yang memukul pemandu Uber itu,” katanya.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

0 Response to "Video Pemandu Uber Dipukul Kerana Perempuan Vietnam"

Post a Comment